Organisasi Mentor Council

Monday, November 21, 2011

Sambutan Aidiladha 2011 di Amman

   Takbir raya berkumandang lagi. Majlis Sambutan Aidiladha di Amman bermula pada hari sabtu bersamaan 5 november 2011 di Bayt Takwa dengan acara iftor beramai-ramai dan takbir raya. Suasana takbir bertambah meriah dan ceria dengan kehadiran keluarga serta adik-adik kecil selain kehadiran ahli PPMA dan SELAMAJ di Amman. Selesai sahaja takbir, sedikit pengisian disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akramin Bin Kamarulzaman, calon PhD di Universiti WISE dengan membawa tajuk Pengorbanan.


  Pada hari pertama perayaan, warga Malaysia Amman menunaikan solat sunat hari raya di Masjid Abdur Rahman bin Auf. Kemudian mereka berkumpul ke tempat penyembelihan iaitu di Bayt Farid. Ini adalah merupakan upacara sembelihan korban kali pertama dilakukan sendiri oleh ahli. Kerjasama yang ditunjukkan ahli menampakkan lagi hubungan erat ukhuwah antara mereka. Keseronokan yang dikongsi bersama melupakan seketika kepenatan yang dirasa. 6 ekor kambing termasuk kambing sumbangan dari Majlis perwakilan pelajar malaysia Jordan telah dikorbankan dan berjaya diagihkan ke setiap rumah warga Malaysia yang terdapat di Amman.


( taklimat praktikal penyembelihan)

( gotong -royong melapah daging)
  Hari kedua pula program diteruskan lagi dengan majlis forum perdana yang membawa tajuk "Pengorbanan Menjana Muslim Unggul". Forum ini menampilkan 3 orang panel hebat iaitu Ust Muhamad Rozaimi, Ust Anwar Ridhwan Zakaria dan Encik Husni dari Malaysia. Majlis ini bermula pada jam 11.30 am. Prof. Madya Dr. Azidan Bin Abdul Jabar, Pengarah Education Malaysia Jordan turut hadir memberikan ucapan sempena majlis yang diadakan. Akhir sekali, warga Amman dihidangkan dengan sebuah persembahan dari kumpulan nasyid baru yang bergelar Shaotu Amman serta jamuan hari raya. Majlis tamat pada jam 4.00 pm.

  Semoga pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Amman dapat bersama-sama merasakan erti pengorbanan yang sebenar dalam mencari keredaan Allah S.W.T. Diharapkan juga pengorbanan itu dapat difahami dari semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan.

nukilan oleh : Muhammad bin Sidek

No comments:

Post a Comment