Organisasi Mentor Council

Wednesday, October 26, 2011

PENGENALAN



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda,para sahabat baginda serta seluruh muslimin dan muslimat mahasiswa, mahasiswa yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah , pada 7 Oktober 2011 , Mentor Council ( MC ), sebuah lagi unit di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ) telah berjaya ditubuhkan . Sejajar dengan agenda MPPMJ iaitu pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Jordan , Mentor Council ditubuhkan bagi memantau perjalanan Smart Group di setiap mantiqah . Selain membekalkan silibus Smart Group, Mentor Council juga lebih berperanan dalam proses analisis keberkesanan pelaksanaan Smart Group melalui borang-borang analisis yang telah diedarkan. Walau bagaimanapun , untuk permulaan ini , gerak kerja Mentor Council lebih tertumpu kepada pelaksanaan Smart Group mahasiswa tahun 1 khususnya .

Semoga di masa akan datang , Mentor Council dapat terus mempertingkatkan serta memperbaiki fungsinya sebagai unit yang mampu membentuk mahasiswa mukmin yang ideal dalam mendepani dunia hari ini selain mempersiapkan ummat menghadapi akhirat . InsyaALLAH agenda ini mampu dicapai melalui perancangan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dan hasil kerjasama semua mahasiswa Malaysia di Jordan .




“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadanya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.” [Al-Ahzab : 39 ]

No comments:

Post a Comment